EQUINELari Tanpa Sakit Lutut: Formula 3S untuk pelari baru. Bukan kasut mahal yang selamatkan lutut anda, tapi cara anda mula. Berdasarkan 22 rujukan kajian, ditulis untuk cuaca panas Malaysia.

Masalahnya bukan pada kasut. Masalahnya, nafas anda bersedia lebih cepat daripada lutut anda.Bab Pembuka, Lari Tanpa Sakit Lutut
Anda dah ada semangat. Dah download app. Mungkin dah beli kasut. Tapi badan macam tak setuju.

“Baru seminggu lari, lutut dah berdenyut. Terus rasa lari ni bukan untuk saya.”

“Dua minit lari, dah tercungap. Kawan sebelah boleh bersembang, saya nak bernafas pun susah.”

“Masuk kedai, kasut RM150 sampai RM900. Kena buat ujian tapak kaki. Makin pening.”

“Kasut lari yang dibeli dengan semangat, sekarang duduk bawah katil.”

“Tulang kering ngilu lepas lari. Tak tahu patut rehat, atau teruskan je.”

“Dah daftar fun run. Tarikh makin dekat, tapi tak pernah lari 5KM pun.”
Kalau satu je pun kena dengan anda, anda di tempat yang betul.
Bukan sebab anda lemah atau tua. Ia berlaku pada hampir semua pelari baru, macam ni:
Minggu 1 dan 2: susah, tapi semangat.
Minggu 3 dan 4: nafas dah okay. “Aku boleh tambah ni!”
Tambah jarak banyak sekaligus, atau kejar pace kawan.
Lutut, buku lali atau tulang kering mula sakit. Lepas tu berhenti.
Ilustrasi Bentuk graf ialah gambaran mudah. Kajian tendon tunjuk perubahan kekuatannya biasanya ambil masa sekitar 2 hingga 3 bulan latihan berterusan, lebih lambat daripada stamina.
Kajian ke atas 774 pelari baru di Belanda: 29.5% berhenti dalam 26 minggu, dan 48% yang berhenti beri sebab cedera. (Fokkema dan rakan, 2019)
Tekan jawapan anda. Kalau anda salah lebih dari dua, anda perlukan buku ni sebelum beli kasut.
Osteoartritis lutut atau pinggul: 3.5% pelari santai, berbanding 10.2% orang yang tak bersenam. Yang buat lutut sakit ialah cara lari: terlalu banyak, terlalu cepat, terlalu laju.
Alentorn-Geli dan rakan, 2017 (kajian meta, perkaitan)Lebih 7,000 rekrut tentera diuji. Kumpulan kasut ikut jenis tapak kaki cedera hampir sama dengan kumpulan kasut standard.
Knapik dan rakan, analisis gabungan 201442 pelari maraton: kumpulan lari-jalan tamat hampir sama masa (4:14 berbanding 4:07, beza tak signifikan) dan lapor kurang sakit otot.
Hottenrott dan rakan, 201625 ujian, lebih 26,000 peserta: regangan tak kurangkan kecederaan sukan. Latihan kekuatan pula kurangkan kepada kurang dari sepertiga.
Lauersen dan rakan, 2014 (sukan umum)532 pelari baru: yang patuh peraturan 10% cedera 20.8%, program biasa 20.3%. Yang penting ialah elak lompatan besar.
Buist dan rakan, 2008Tambah langkah seminit 5% hingga 10% pada kelajuan sama, beban pada lutut berkurang. Anda boleh cuba kira cadence anda di bawah.
Heiderscheit dan rakan, 2011 (ukur beban sendi)Setiap jawapan diterangkan penuh dalam Lari Tanpa Sakit Lutut, dengan bahasa mudah dan apa nak buat lepas tu.

3 SESI SEMINGGU
Panduan pelari baru dalam bahasa kita. Bukan pasal jadi laju. Pasal satu benda je: macam mana nak terus berlari tanpa sakit yang buat anda berhenti.
Baca ikut apa yang anda nak buat minggu ni. Setiap bab tutup dengan satu tindakan kecil: Buat Hari Ni.

Kenapa ramai berhenti, Formula 3S, mitos tapak basah, saiz & ikat tali, Ujian Sembang, cadence, rutin kekuatan 10 minit, sakit biasa vs Lampu Merah.

Apa anda dapat ikut harga, rahsia model tahun lepas, beli online dengan selamat, tanda kasut tiruan, Ujian Selesa 5 minit + Kad Semak 12 soalan.

Lari-jalan 3 kali seminggu dengan kotak tanda & ruang catatan rasa badan. + Versi 4 minggu 2KM untuk lari dengan anak.

Ambil kit, malam sebelum, jadual pagi event, adab larian, stesen air, lari-jalan di hari event, selepas tamat. Senarai semak penuh.
Seluruh panduan berdiri atas tiga prinsip. Tiga-tiga bekerja bersama. Kasut paling selesa di dunia pun tak dapat selamatkan lutut kalau anda lari terlalu laju dan terlalu banyak terlalu awal.

Bukan jenama, bukan bentuk tapak kaki. Badan anda pandai memilih, asalkan anda tahu cara uji.
Boleh cakap satu ayat penuh? Betul. Tercungap? Perlahankan. Berhenti dan jalan sekejap dibenarkan.
Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Badan jadi kuat masa rehat, bukan masa lari.
Larian terakhir anda, sambil lari anda boleh…
Jangan kejar nombor 180. Tambah sikit je dari cadence anda sendiri. Cara kira, kenapa dan bila berhenti, dalam bab S2.
Saiz skrin telefon. Ayat pendek, jadual, kotak tanda. Baca masa tunggu anak habis kelas pun boleh.








Leret untuk tengok semua
3 sesi seminggu, setiap sesi sekitar 30 minit termasuk jalan panas badan. Lari pada kelajuan Ujian Sembang.
Ulang 8 kali. Minggu 2 naik ke lari 2 minit. Nafas susah sikit, tapi masih boleh bercakap.
Ini minggu “rasa boleh tambah”. Ikut jadual, bukan semangat. Buat rutin kekuatan 10 minit.
Jalan 2 minit di antara. Minggu terasa berat? Ulang. 8 minggu atau 12 minggu, dua-dua betul.
Atau 5KM dengan rehat jalan bila perlu. Minggu ujian. Garisan penamat pertama anda.


8 panduan lanjutan Siri Pelari Pintar. Satu topik, satu buku, tiada isi berulang. Pilih matlamat anda, kami tunjuk buku yang sesuai:

Rahsia lari perlahan untuk jadi laju: sistem 80/20, zon degupan jantung, 5 resipi sesi laju, ujian masa 5KM.

Kenal 7 kecederaan paling biasa, Meter Sakit 0 hingga 10, bila jumpa doktor, pelan lari-jalan 6 minggu untuk kembali.

Sarapan sebelum lari Subuh, menu selepas lari, pilihan mamak & nasi campur ikut bajet, kafein & suplemen.

Tanda strok haba & “sejukkan dulu”, ujian kadar peluh, isotonik, IPU jerebu, petir & pelan B.

Long run pertama, jadual 10 minggu dengan kotak tanda, jadual split hari 10KM, lari-jalan untuk 10KM.

Long run panjang, makan & minum semasa lari, taper 2 minggu, pacing hari 21KM, pemulihan selepas.

Pilih waktu lari, menu sahur & berbuka, tanda bahaya semasa puasa, rujukan KKM & Mufti, kembali selepas Syawal.

5 perangkap, kalori per km ikut berat anda, jadual minuman manis, lembaran jejak mingguan, pelan tabiat 4 minggu.







12 buku, 608 muka surat. Satu topik, satu buku, ambil bila anda perlu.











Akses segera: lepas bayar, email dengan link Rak Buku terus masuk. Masuk guna email + kod 6 digit, tiada password.
Isi borang di bawahDalam borang, tekan + pada pakej yang anda pilih.
Pastikan email betul. Akses dihantar ke situ.
FPX (Maybank2u, CIMB Clicks dan lain-lain) atau DuitNow QR / e-Wallet.
Masuk dalam beberapa minit. Tiada? Semak spam / promotions.
Buka Rak Buku guna email + kod 6 digit. Malam ni dah tahu kasut mana nak pakai.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Setiap kali ada fun run, kami nampak benda yang sama. Ramai orang biasa datang dengan semangat: mak ayah dengan anak, pakcik yang baru pencen, kawan pejabat yang saling ajak. Dan kami selalu tertanya: berapa ramai yang masih berlari sebulan lepas tu?
Bila kami selidik, jawapannya bukan malas. Kajian tunjuk sebab paling besar orang berhenti ialah sakit. Dan banyak sakit tu datang dari cara mula: kasut dipilih ikut harga, lari terlalu laju, tambah terlalu cepat.
Jadi kami baca kajian, semak setiap angka sampai ke sumber asal, dan tulis semula dalam bahasa yang orang biasa guna, dengan contoh Malaysia: lari lepas Subuh, cuaca lembap, taman perumahan, harga dalam RM.
Anda tak perlu jadi atlet. Anda cuma perlu mula dengan cara yang betul, dan jangan berhenti.
Jumpa di garisan penamat.
Sangat sesuai. Panduan ni ditulis untuk pemula. Jadual dalam Bonus 2 mula dengan lari 1 minit, jalan 2 minit, dan anda boleh ulang mana-mana minggu yang rasa berat.
Ramai contoh dalam buku ialah pelari 40-an dan 50-an. Tapi kalau anda ada sakit jantung, pernah sakit dada atau pitam masa bergerak, darah tinggi tak terkawal, kencing manis, sakit sendi sedia ada, atau doktor pernah suruh hadkan aktiviti, jumpa doktor dulu. Panduan ni ilmu umum, bukan ganti nasihat doktor.
Anda tak perlu jadi laju dalam masa tu. Anda cuma perlu tamat dengan selamat. Baca S2 (Ujian Sembang & lari-jalan) dan Bonus 3: 24 Jam Sebelum Garisan Mula. Pakai kasut yang dah biasa, jangan beli kasut baru seminggu sebelum event.
Setiap buku ialah PDF saiz skrin telefon. Lepas bayar, email dengan link Rak Buku terus masuk inbox. Masuk guna email + kod 6 digit, tiada password, tak perlu download app. Jadual boleh dicetak.
Tidak. Setiap buku ada topik sendiri: kasut dan asas larian dalam panduan utama, makanan dalam K3, cuaca dalam K4, kecederaan dalam K2 dan seterusnya. Kalau satu buku perlu sentuh topik lain, ia cuma rujuk buku tu, tak ulang.
Boleh. Buku koleksi RM15 setiap satu, dan masuk Rak Buku yang sama kalau guna email yang sama. Tapi kalau anda rasa akan perlukan 3 buku atau lebih, Koleksi Penuh RM79 lebih jimat dari awal.
Ada. Masukkan kupon EQUINE dalam borang dan pilih Koleksi Penuh: RM79 jadi RM39. Dapat kesemua 12 buku pada harga Pakej Asas. Kupon ni untuk Koleksi Penuh sahaja.
Akses rasmi hanya melalui Rak Buku yang dihantar ke email pembeli, dan setiap PDF ditanda dengan email pembeli. Kalau kawan anda nak, suruh dia beli sendiri. Sokong penulis tempatan.
Bukan. Ini panduan umum untuk pendidikan. Ia tak menjanjikan anda pasti tak cedera, tapi tunjuk cara mula yang kurangkan risiko, dan bila anda patut berhenti dan jumpa doktor atau fisioterapi.
P.S.Kasut lari yang salah boleh buang ratusan ringgit, dan lutut anda sekali. Panduan ni RM39. Baca dulu, baru beli.
P.P.S.Kalau anda dah tahu nak sambung ke 10KM, 21KM atau nak turun berat, Koleksi Penuh RM79 dapat kesemua 12 buku, jimat RM80.
P.P.P.S.Esok pagi lepas Subuh, bayangkan anda lari sambil bersembang, tanpa fikir pasal lutut. Itu boleh bermula malam ni. Pilih pakej sekarang →